Sunday, 8 February 2015

jeruk asam boi bercili

assalamualaikum.. haii semua.. dah makan ke? pernah dengar tak jeruk asam boi ? dah pernah buat ke? ape? belum? meh sini aku ajar, senang je weh... 

bahan-bahannya :
  1.  mangga muda (amik la dalam 4 biji kalau buah yang besar, kalau mangga kecil rapuh tu korang amik la dalam 10 ke 12 biji.)
  2.  asam boi (beli la dalam 2 ringgit)
  3. 2 biji epal hijau
  4.  3 biji buah amra 
  5.  cili padi (bergantung pada korang nak pedas tahap mana)
  6. satu sudu gula
cara-caranya :
  1. basuh dan potong kesemua buah.potong buah tu ikut citarasa korang la nak senget tepi ke apa.
  2.  Potong juga cili padi, nak lebih pedas letak banyak sikit, kalau tak tahan pedas letak sedikit sahaja supaya ada rasa pedas-pedas sedikit apabila makan jeruk mangga asam boi bercili ni.
  3. masukkan semua bahan bahan di atas dalam satu bekas gaul and simpan dalam bekas yang boleh ditutup.
  4. simpan dalam peti ais dalam 4 hingga 5 jam then siap untuk dimakan.. 
hasilnya taraaaa :D

*selamat mencuba*


No comments:

Post a Comment